Monday, September 15, 2008

Sasaran & Sistem Pengajian SAIF

SASARAN SAIF

* Memartabatkan budaya Bahasa Al-Quran sebagai bahasa pengantarnya.Semua warga SAIF berusaha untuk menguasai pertuturan Bahasa Al-Quran dalam semua masa dan ketika berada di SAIF.

* Mempelbagaikan bahasa termasuk bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.


* Mengukuhkan kefahaman Islam dan semangat ukhuwwah melalui usrah yang dilaksanakan dengan lebih bersistematik dan berkesan.


* Mengemaskinikan kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik mengembelingkan tenaga bagi membina modul pembelajaran yang menepati falsafah SAIF.

SISTEM PENGAJIAN SAIF

Pengajian bermula daripada tahun satu hingga tahun enam. Sistem pengajiannya menggabungkan tiga sukatan pelajaran teras iaitu ad-din, akademik dan juga tahfiz.

a) Agama dan Bahasa Arab

Sukatan pelajaran bagi kedua-dua kurikulum ini merujuk kepada sukatan SRIDU,YIK,MAIK dan sekolah Bestari

b) Akademik

Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran akademik berdasarkan sukatan Pelajaran Malaysia .

c) Tahfiz Al- Qur’an

Sukatan pelajaran tahfiz ditentukan oleh pihak Lembaga Tadbir Sekolah .

PAKEJ TAMBAHAN

SAIF turut menyediakan pakej tambahan kepada para pelajar untuk mengikuti pengajian Qiraati dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dan Inggeris serta bahasa Mandarin yang bersesuaian dengan tahap pelajar .

1 comment:

Anonymous said...

The Wynn Golf Club is back! - B.J. 온카지노 온카지노 우리카지노 우리카지노 matchpoint matchpoint 798Best Free Signup Bonus No Deposit Casino Bonuses 2021