Monday, January 4, 2010

SELAMAT MENYAMBUNG KEMBALI PENGAJIAN

Tahniah buat para pelajar SAIF yang kini melanjutkan kembali pengajian setelah bercuti panjang baru-baru ini...Diharapkan kehadiran tahun baru 1431H kali ini dapat membawa perubahan kepada para pelajar sekalian untuk lebih maju dalam ibadah dan pengajian di hari mendatang...Selamat maju jaya...

Wednesday, September 24, 2008

Majlis Kesyukuran, bacaan yaasin dan tahlil

Guar Chempedak 2 Jun 2009. Majlis kesyukuran telah diadakan, sebagai tanda kesyukuran atas usaha dalam pembinaan sebuah bangunan 3 tingkat yang kini sedang dibina peringkat tingkat 2. Bacaan Surah Yaasin juga turut dibaca sebagai ucapan jutaan terima kasih kepada penderma dan tahlil dihadiahkan kepada arwah-arwah yang telah menderma demi pendidikan Islam ini.

Ust. Mohamad Setiausaha Lembaga Tadbir rasa terharu dan gembira sokongan yang ditunjukkan oleh waris dan juga orang ramai atas sumbangan kewangan yang diterima, dalam bentuk wakaf, zakat serta infak.


Dalam majlis tersebut beliau merakamkan jutaan terima kasih serta memohon sumbangan kewangan, zakat, wakaf mesti diteruskan demi mencukupkan dana pembangunan yang masih kekurangan sebanyak RM 600 ribu sahaja lagi.


Turut serta dalam membantu bagi menyiapkan bangunan tersebut dalam bentuk tenaga kerja daripada CIDB sintok, Kedah.


Beliau turut berdoa semoga Allah swt. meredhai, mempermudahkan usaha ini dan serta memberkatinya.

Wednesday, September 17, 2008

Sekolah Ku


MUQADDIMAH

Setelah pendidikan terhenti selama 3 tahun di Madarasah ini. Tanggal

4 Ogos 2005 temeterailah perjanjian penyerahan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Lahirlah sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) di bawah naungan Muassasah Darul Ulum, diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

SAIF ditubuhkan hasil daripada pengembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pedidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang terarah.

Lokasinya yang strategik di pekan Guar Chempedak dan mempunyai prasarana dan kemudahan yang lengkap di mana ianya adalah bekas tapak Madrasah Taufikiah Al-Khairiah Al-Halimiah (cawangan). Sesi persekolahan bermula pada 1 Januari 2006.



Monday, September 15, 2008

Sasaran & Sistem Pengajian SAIF

SASARAN SAIF

* Memartabatkan budaya Bahasa Al-Quran sebagai bahasa pengantarnya.Semua warga SAIF berusaha untuk menguasai pertuturan Bahasa Al-Quran dalam semua masa dan ketika berada di SAIF.

* Mempelbagaikan bahasa termasuk bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.


* Mengukuhkan kefahaman Islam dan semangat ukhuwwah melalui usrah yang dilaksanakan dengan lebih bersistematik dan berkesan.


* Mengemaskinikan kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik mengembelingkan tenaga bagi membina modul pembelajaran yang menepati falsafah SAIF.

SISTEM PENGAJIAN SAIF

Pengajian bermula daripada tahun satu hingga tahun enam. Sistem pengajiannya menggabungkan tiga sukatan pelajaran teras iaitu ad-din, akademik dan juga tahfiz.

a) Agama dan Bahasa Arab

Sukatan pelajaran bagi kedua-dua kurikulum ini merujuk kepada sukatan SRIDU,YIK,MAIK dan sekolah Bestari

b) Akademik

Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran akademik berdasarkan sukatan Pelajaran Malaysia .

c) Tahfiz Al- Qur’an

Sukatan pelajaran tahfiz ditentukan oleh pihak Lembaga Tadbir Sekolah .

PAKEJ TAMBAHAN

SAIF turut menyediakan pakej tambahan kepada para pelajar untuk mengikuti pengajian Qiraati dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dan Inggeris serta bahasa Mandarin yang bersesuaian dengan tahap pelajar .

Falsafah , Objektif & Moto SAIF


FALSAFAH SAIF
Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) merupakan sekolah integrasi berlandaskan pendidikan Islam, mempunyai matlamat penerusan warisan ulama’ yang terdidik dan terarah hasil dari proses pengajaran, pembelajaran berteraskan prinsip dakwah serta tarbiyyah dari bimbingan guru-guru, pentadbir yang komited dengan Ajaran Islam.


OBJEKTIF PENUBUHAN SAIF
Ø Mewujudkan sebuah sekolah yang memberi penekanan akademik, keagamaan, dan tahfiz secara bersepadu.

Ø Memartabatkan Bahasa al-Quran sebagai bahasa utama.

Ø Berusaha melahirkan pelajar yang terdidik mindanya, terarah peribadinya dan istiqamah imannya.


MOTO SAIF
“Kejayaan Dunia dan Akhirat”

Thursday, September 11, 2008

Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Setelah pendidikan terhenti selama 3 tahun di Madarasah ini. Tanggal
4 Ogos 2005 temeterailah perjanjian penyerahan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Lahirlah sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) di bawah naungan Muassasah Darul Ulum, diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

SAIF ditubuhkan hasil daripada pengembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pedidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang terarah.

Lokasinya yang strategik di pekan Guar Chempedak dan mempunyai prasarana dan kemudahan yang lengkap di mana ianya adalah bekas tapak Madrasah Taufikiah Al-Khairiah Al-Halimiah (cawangan). Sesi persekolahan bermula pada 1 Januari 2006.


سكوله إينتكراسي فائزين





سكوله إينتكراسي فائزين

SEKOLAH INTEGRASI FAIZIN

Pekan Guar Chempedak,08800 Gurun

Kedah Darul Aman

PROFIL

"KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT"