Wednesday, September 24, 2008

Majlis Kesyukuran, bacaan yaasin dan tahlil

Guar Chempedak 2 Jun 2009. Majlis kesyukuran telah diadakan, sebagai tanda kesyukuran atas usaha dalam pembinaan sebuah bangunan 3 tingkat yang kini sedang dibina peringkat tingkat 2. Bacaan Surah Yaasin juga turut dibaca sebagai ucapan jutaan terima kasih kepada penderma dan tahlil dihadiahkan kepada arwah-arwah yang telah menderma demi pendidikan Islam ini.

Ust. Mohamad Setiausaha Lembaga Tadbir rasa terharu dan gembira sokongan yang ditunjukkan oleh waris dan juga orang ramai atas sumbangan kewangan yang diterima, dalam bentuk wakaf, zakat serta infak.


Dalam majlis tersebut beliau merakamkan jutaan terima kasih serta memohon sumbangan kewangan, zakat, wakaf mesti diteruskan demi mencukupkan dana pembangunan yang masih kekurangan sebanyak RM 600 ribu sahaja lagi.


Turut serta dalam membantu bagi menyiapkan bangunan tersebut dalam bentuk tenaga kerja daripada CIDB sintok, Kedah.


Beliau turut berdoa semoga Allah swt. meredhai, mempermudahkan usaha ini dan serta memberkatinya.

No comments: